Salam,
Hari ini, terrrrajin lah plak....
Mengemas bilik yang berserabut dengn buku2 dan kertas2 lama (zmn sekolah dah berakhir)
Rasa mcm xtinggal je dlm bilik nie, berhabuk..(nmpk sngt mls nk kemas bilik an)
tiba2....
terjumpa lah balik satu sajak yang telah digunting...( tak tau lah dari mana)
bila baca je sajak tu, terus rasa nk kongsi disini...
Sajak tu bertulis begini....
Betapa sukar perjalanan hidup ini,
betapa besar jurang yg harus dilalui,
betapa dalam lautan yg harus direnangi,
betapa tinggi gunung yg harus didaki,
betapa curam tebing yg harus direntai,
meskipun hanya insan sekedil aku,
pasti segalanya dpt kutempuhi,
andainya engkau ada disisiku..
(berapa banyk 'betapa' lah)
sambung lagi...
Biarpun aku dibasahi hujan hinaan,
biarpun aku dipanggang mentari kebencian,
biarpun aku dihiris belati tohmahan,
biarpun aku dibakar api kemarahan,
walaupun hanya insan selemah aku,
pasti semuanya dapat kupertahankan,
andainya engkau masih disisiku..
(berapa bnyk 'biarpun' da)
sambung balik...
Kiranya suatu masa aku mampu tersenyum
kiranya suatu masa aku berjaya,
kiranya suatu masa aku disanjungi,
kiranya suatu masa aku dihargai,
kiranya suatu masa aku berada dipuncak,
sungguhpun hanya insan biasa sepertiku,
pasti segala kejayaan lebih bermakna,
andainya engkau terus disisiku..
('kiranya' la plak)
Akhir sekali...
Ketahuilah olehmu,
Betapa pentingnya kehadiranmu dalam hidupku,
betapa bermaknanya kasih sayang dan perhatianmu,
betapa aku amat memerlukan dirimu
kerana kau yang terbaik pernah kumiliki...
~Tamat~
p/s: ya..pentingnya dirimu buat ku....
-apple-
Tuesday, June 7, 2011
Terjumpa balik....???
Posted by Misz AppLe at Tuesday, June 07, 2011
Labels: sajak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment