Followers

Sunday, May 22, 2011

Senyum...

Hai....
Penatnya hari ini...
Baru lepas balik dari Port Dickson.
Ada Kem Perdana SK Senawang..

Seronok sangat..

Kami bertolak dari SK Senawang dalam pukul 3.30 mcm tu...
waktu tu hujan lebat sangat..
Hehe..dah lama tak naik bus..
Last sekali naik bus pun waktu pergi lawatan ke langkawi tahun lepas...
(Terimbas Kenangan di Langkawi kejap)

Kem Perdana dijalankan di Pusat Penyelidikan Sains ,UPM Port Dickson..
Tepi pantai..(nie yg sebenarnya best sangat2 tu)

Sebelum Hari ini melabuhkan tirainya...
Sebelum Kenangan terpadam begitu sahaja...
Inginku tulis beberapa kata,

Kenangan di PD..
Mungkin aku tidak pernah ber'kem' di tepi pantai , jadi benda ni sesuatu yang baru pada aku
Hembusan angin menyapa, lambaian daun2 pokok disekelilingnya, pemandangan yang jauh dari bandar, biru laut, putih awan, sinaran matahri bergabung menjadi satu pemandangan yang indah sekali...(bagi aku lah)..ditambah pula menikmati matahari terbenam, nikmatnya....
Terusik dihati ingin menghabiskan masa disitu untuk beberapa ketika..

Sungguh..
Ciptaan ALLAH amat aku kagumi,
Terdiam sebentar menikmati pemandangan pantai dan laut yang terbentang luas..
masih terasa angin laut menyapa pipi sekarang ini...
Damainya hati....
Hilang segala tekanan diri...

Ada sesuatu yang melakar kenangan ku disana..
Mungkin ada yang tahu..
Buat aku tersenyum sahaja..

Terima Kasih kepada SK Senawang kerana mencari lokasi yang BAIKKKKKK PUNYEEERRR....
Terima Kasih juga kepada Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur(PPKAST) kerana memberi peluang kepada diri ini untuk menyertai...



Gambar Sunset Pertama


Saya seorang Kelana..~Sentiasa Berkhidmat~


Adik2 SKS Saya
: Menu Hari ini : Sup Ayam

Mereka Bermain Halangan Komando
Lompat dik lompat


Credit to Abg Arvin


Hari kedua sebelum mandi laut
(walaupun xsecantik gmbar abg Hafiz semasa sunset yg ditngkp oleh abg arvindran)


Buai laju2..


Atika Pula menyertai Halangan Komando


Mereka dapat berposing atas Sampan


Saya hanya sempat berposing disini


Jauh dimata tetap dihati



~Once a Scout, Always a Scout~
Scout Forever :-)




Satu Pengalaman yang bermakna,
Satu kenangan dilakar,
Satu Ilmu yang pelbagai...

Akan ku kenang hingga akhir hayat..



-apple-

0 comments: